Seksyen A:
Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
Penerangan Format
Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mempunyai paling banyak soalan.
Setiap calon diberikan masa 40 minit untuk menjawab 50 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan (tertakluk kepada jenis peperiksaan SPA). Contohnya terdapat perbezaan dengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (45 minit/60 soalan)
Tapi secara umumnya format ini merupakan format yang digunapakai sehingga tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun 2014, iaitu :
- Tempoh: 40 minit
- Jumlah Soalan: 50 soalan
Soalan yang terkandung dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran.
Ini merupakan satu kriteria penting yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitif kepada isu-isu penting lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional. Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya soalan-soalan mencakupi beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian soalan-soalan dalam bahagian ini. Kita akan menganalisis satu persatu bahagian yang dikemukakan soalan dalam seksyen A ini.
Antara skop pengkhususan (PENTING) soalan dalam bahagian ini ialah;
Soalan KHUSUS berkaitan jawatan (PENTING!)
- Sebagai contoh: Untuk jawatan Pegawai Arkib, seharusnya ada soalan berkaitan jawatan dan Jabatan Arkib
- Juga terma-terma berkaitan tugas Pegawai Arkib
- Ianya khusus untuk menguji kepekaan pemohon terhadap kementerian/jabatan terlibat. Buat persediaan khusus tertumpu pada pecahan ini
Contoh Soalan Seksyen A SPA
1. Rekod merujuk
kepada
I. Bahan
dalam bentuk bertulis atau bentuk lain yang menyatakan fakta atau peristiwa
atau selainnya merakamkan maklumat.
II. Termasuklah kertas,
dokumen, daftar, bahan bercetak, buku dan peta.
III. Pelan, lukisan,
gambar foto, mikro filem, filem sinematograf dan rakaman bunyi.
IV. Rekod yang
dihasilkan secara elektronik tanpa mengira bentuk atau ciri-ciri fizikal atau
apa-apa salinannya.
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
2. Jawab soalan ke 2 dan 3 berdasarkan kepada maklumat di bawah
Rekod yang diterima secara rasmi atau
yang dikeluarkan oleh mana-mana pejabat awam bagi perjalanan hal ehwalnya
atau oleh mana-mana perkhidmatan awam atau pekerja pejabat awam dalam
perjalanan tugas rasminya dan termasuk rekod mana-mana perusahaan Kerajaan
dan juga termasuk segala rekod yang, pada permulaan kuatkuasa akta ini,
adalah dalam jagaan atau di bawah kawalan arkib Negara Malaysia yang
ditubuhkan di bawah Akta Arkib.
|
A. Rekod suruhanjaya
B. Rekod awam
C. Rekod kerajaan
D. Rekod masyarakat
3. Rekod yang diterima
secara rasmi akan disimpan di mana?
A. Arkib Negara
Malaysia
B. Arkib Negara Negeri
C. Arkib Negara Daerah
D. Arkib Negara Bandar
4. Rekod tidak aktif
merujuk kepada
A. Rekod yang tiada
kepentingan dalam pentadbiran kerajaan.
B. Rekod digital
berkaitan sejarah dan peristiwa penting negara yang tidak lagi menjadi rujukan
utama.
C. Rekod yang tiada
tindakan lanjut dikehendaki diambil ke atas rekod itu atau rekod yang tidak
lagi dikehendaki untuk pentadbiran harian di jabatan/agensi kerajaan.
D. Rekod semasa yang
pernah digunakan dalam sidang akhbar-akhbar utama negara dan kini sudah tidak
digunakan lagi sebagai rujukan utama pentadbiran kerajaan.
5. Penetapan yang
menjelaskan rekod telah tamat atau tiada tindakan lanjut dikehendaki diambil
tentang rekod tersebut.
Hal
ini merujuk kepada
A. Tamat perkhidmatan
B. Tamat siasatan
C. Tamat rekod
D. Tamat tindakan
6. Di antara yang
berikut, manakah yang berkaitan dengan Tutup Fail?
I.
Fail
yang mengandungi 100 kandungan atau ketebalannya 4cm
II. Ianya hendaklah
ditutup dan fail baru dibuka.
III. Fail juga ditutup
setelah selesai segala tindakan dan tiada rujukan yang perlu diambil oleh
jabatan/agensi kerajaan.
IV. Fail ditutup kerana
tiada kepentingan dalam membuat rujukan berkaitan.
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
7. Cara menguruskan
pengasingan rekod dengan tujuan pemusnahan, pemindahan atau selainnya merujuk
kepada
A. Pemusnahan
B. Pemindahan
C. Pengasingan
D. Pelupusan
8. Jadual Pelupusan
Rekod digunakan untuk
A. Merangka dan
merancang fail-fail yang bakal dilupuskan dari arkib.
B. Membenarkan
pemusnahan rekod yang tinggal selepas luput tempoh pengekalan yang ditentukan.
C. Melupuskan rekod
yang tidak diperlukan untuk memastikan maklumat yang penting sahaja disimpan.
D. Menyusun fail-fail
yang bakal dilupuskan mengikut keutamaan dan melebihi tempoh masa yang
dijadualkan.
9. Perbuatan
memusnahkan atau menghapuskan apa-apa jenis rekod mengikut prosedur yang
ditetapkan merujuk kepada
A. Pemusnaan
B. Pemindahan
C. Pengasingan
D. Pelupusan
10. Jawab soalan ke 10 berdasarkan kepada maklumat di bawah
Perbuatan
memindahkan rekod awam kepada jagaan dan kawalan Arkib Negara
|
Istilah
yang paling sesuai untuk menggambarkan pernyataan di atas ialah
A. Pemusnaan
B. Pemindahan
C. Pengasingan
D. Pelupusan
11. Pejabat X merujuk
kepada sesuatu pejabat Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri atau
sesuatu pejabat mana-mana kerajaan tempatan, pejabat berkuasa berkanun atau
perusahaan Kerajaan.
Apakah
jawapan yang sesuai bagi mewakili pejabat X?
A. Pejabat Rasmi
B. Pejabat Kerajaan
C. Pejabat Arkib
D. Pejabat Awam
12. Di antara yang
berikut, manakah yang BENAR mengenai Bahan Arkib?
I.
Arkib
adalah rekod yang tidak aktif yang mempunyai nilai sejarah dan kebangsaan,
dipelihara dan disimpan kekal di Arkib Negara.
II. Bahan Arkib adalah
amat penting sebagai bahan bukti dan sumber rujukan yang boleh digunakan oleh
kerajaan, penyelidik dan generasi akan datang.
III. Bahan Arkib turut
digunakan sebagai rujukan oleh semua jabatan-jabatan, agensi-agensi kerajaan
dan swasta.
IV. Bahan Arkib boleh
dijadikan rujukan peperiksaan dalam sukatan pendidikan negara.
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
13. Arkib Negara
Malaysia menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan pengurusan rekod kepada
Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan seperti berikut KECUALI
A. Memberi khidmat nasihat kepakaran Pengurusan Rekod.
B. Menyediakan perkhidmatan penilaian rekod.
C. Memberi kelulusan pemusnahan rekod.
D. Memberi khidmat nasihat berkaitan urusan percetakan Rekod Arkib.
14. Bilik Y adalah
ruamg simpanan sementara bagi rekod-rekod separa aktif supaya penggunaan,
penyelenggaraan, dan pengawalan.
Bilik
Y merujuk kepada
A. Bilik Kebal
B. Bilik Rekod
C. Bilik Rahsia
D. Bilik Arkib
15. Kementerian/Jabatan/Agensi
Kerajaan yang mengamalkan Pengurusan Rekod yang baik akan mendapat
faedah-faedah berikut KECUALI
I.
Dapat
melaksanakan tugas dengan teratur, efisyen dan berkesan.
II. Dapat menawarkan
perkhidmatan secara konsisten dan cekap.
III. Berupaya membuat
dasar dan keputusan yang tepat dan berkualiti.
IV. Menjimatkan kos
(ruang, peralatan dan masa)
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
16. Sesebuah
Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan perlu melaksanakan pelupusan rekod apabila:
A. Tindakan ke atas
rekod awam telah ditamatkan bagi tempoh lebih daripada 5 tahun.
B. Habis tempoh yang
dipersetujui antara Ketua Pengarah Arkib Negara dengan Ketua Pentadbir pejabat
awam.
C. Kedaaan fizikal
rekod tersebut tidak mengizinkan pemeliharaan yang berterusan.
D. Semua jawapan di
atas adalah benar.
17. Pilih pernyataan
yang SALAH mengenai Pengurusan Rekod
A. Pengurusan rekod adalah pengawalan rekod secara sistematik mulai
daripada rekod itu diwujudkan sehinggalah ia dilupuskan.
B. Ia meliputi pengurusan rekod ke atas keseluruhan kitaran hayat
sesuatu rekod tersebut.
C. Kitaran hayat rekod bermula sejak ia diwujudkan dan berakhir apabila
ia dilupuskan samada dimusnahkan atau dipindah ke Arkib Negara untuk simpanan
kekal.
D. Rekod-rekod yang disimpan hanya terdapat dalam bentuk bercetak
sahaja.
18. Pilih pernyataan yang SALAH
Jawapan
|
Arkib
|
Lokasi
|
A.
|
Rekod Aktif
|
Bilik Registri
|
B.
|
Rekod Separa Aktif dan Tidak
Aktif
|
Bilik Rekod Jabatan
|
C.
|
Rekod Terperingkat
|
Kabinet Khas Berkunci atau
Bilik Kebal
|
D.
|
Rekod Terbengkalai
|
Bilik Pendaftaran
|
19. Mengapakah rekod perlu diwujudkan?
A. Sebagai bahan bukti kepada sesuatu perkara yang berlaku sama ada
peristiwa, arahan, keputusan, nasihat atau cadangan yang dibuat semasa
melaksnakan sesuatu tugas rasmi.
B. Untuk menyediakan maklumat dan rekod yang tepat dan memastikan rekod
disediakan pada individu yang tepat.
C. Memastikan rekod disediakan pada waktu dan tempat yang sesuai serta
tepat dan rekod diurus sebaik mungkin
dan mengurangkan bebanan kos.
D. Memastikan rekod yang tepat digunakan untuk proses memutuskan
keputusan
20. Jawab soalan ke 20 berdasarkan kepada maklumat di bawah :
·
Kesahihan
·
Keandalan
·
Keutuhan
·
Kebolehgunaan
·
Ketepatan, Kecukupan dan Kesempurnaan
|
Berdasarkan maklumat di atas, ianya merujuk
kepada
A. Ciri-ciri Arkib
B. Ciri-ciri Data
C. Ciri-ciri Rekod
D. Ciri-ciri Fail
nama saya Redzuan Sarina Binti dari PULAU PINANG,
ReplyDeleteMALAYSIA. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu Rossa kerana membantu saya mendapatkan pinjaman. selama tiga bulan, saya telah mencari pinjaman untuk melunaskan hutang, setiap orang yang saya temui ditipu dan mengambil wang saya sehingga akhirnya saya melihat kisah Cik Masitah Ayob dan alamat laman web syarikat yang dikongsinya. Syarikat itu kemudian memberi saya pinjaman sebanyak RM470,000 yang saya minta. syarikat juga dapat membantu anda. kerana syarikat itu juga telah menolong beberapa rakan saya yang lain. Sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan, sila hubungi syarikat ROSSA FINANCE melalui e-mel: Rossastanleyloancompany@gmail.com
Syarikat itu tidak tahu bahawa saya melakukan ini dengan menyebarkan niat baik syarikat kepada saya, tetapi saya merasakan saya harus membagikannya kepada anda semua untuk membebaskan diri daripada penipu, berhati-hati dengan peniru dan hubungi syarikat pinjaman yang betul. Di bawah ini adalah kata-kata semangat bagi mereka yang mencari pemberi pinjaman swasta yang jujur dan jujur.
"jika anda memerlukan pinjaman untuk membayar kredit dan hutang? Adakah anda memerlukan kewangan untuk menubuhkan perniagaan anda sendiri? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk melaksanakan projek besar? Adakah anda memerlukan pinjaman kuliah? Adakah anda memerlukan dana untuk pelbagai tujuan lain?" ? Inilah e-mel saya untuk sebarang pertanyaan mengenai ibu rossa,
e-mel saya: redzuansarinabinti2020@gmail.com
nombor saya + 601616345654
E-mel ibu rossa: Rossastanleyloancompany@gmail.com
syarikat rossa Call / text / WhatsApp: +1 (213) -315-3118
Laman web: www.rossastanleyloan.org
Twitter rasmi: Rossastanlyloan
Facebook rasmi: Rossa Stanley Favor