Monday, April 7, 2014

Format dan Contoh Soalan Peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Seksyen A)

Seksyen A:
Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling 

Penerangan Format

Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mempunyai paling banyak soalan. 

Setiap calon diberikan masa 40 minit untuk menjawab 50 soalan. Ianya tertakluk kepada perubahan (tertakluk kepada jenis peperiksaan SPA). Contohnya terdapat perbezaan dengan peperiksaan bertulis jawatan lain sebelum ini (45 minit/60 soalan) 

Tapi secara umumnya format ini merupakan format yang digunapakai sehingga tahun ini seperti yang telah dinyatakan dalam edaran umum SPA tahun 2014, iaitu :
  • Tempoh: 40 minit
  • Jumlah Soalan: 50 soalan

Thursday, April 3, 2014

Jadual Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam SPA

Jawatankosong kerja kerajaan pada tahun 2014 telah pun diiklankan di laman web SPA. Setakat ini terdapat 28 iklan kekosongan jawatan sahaja yang ditawarkan secara terbuka.. Berikut merupakan Jadual Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam bermula pada bulan januari 2014 sehingga bulan November 2014.

Statistik Peratus Pemohon Yang Berjaya Mendapatkan Kerja Kerajaan melalui SPA bagi tahun 2010-2012

Pada setiap tahun lebih daripada 1 juta rakyat Malaysia yang memohon pelbagai pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan.. Ini menunjukkan begitu ramai rakyat Malaysia yang berminat untuk bekerja di sektor kerajaan, walaupun gaji yang diperolehi tidaklah sebanyak gaji yang ditawarkan oleh sesetengah majikan di sektor swasta. 

Salah satu penyebabnya mungkin disebabkan kerjaya di sektor kerajaan lebih terjamin untuk jangkamasa panjang, berbanding sesetengah pekerjaan di sektor swasta.

Statistik Peratus Pemohon Yang Berjaya Mendapatkan Kerja Kerajaan melalui SPA bagi tahun 2010-2012

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), untuk tempoh 3 tahun iaitu pada tahun 2010, 2011 dan 2012.. Hanya beberapa peratus sahaja calon yang berjaya dalam permohonan untuk mendapatkan kerja kerajaan.. Sebahagian besarnya adalah GAGAL..


Sumber: Maklumat Laporan Tahunan SPA bagi tahun 2010, 2011 dan 2012