Thursday, April 3, 2014

Statistik Peratus Pemohon Yang Berjaya Mendapatkan Kerja Kerajaan melalui SPA bagi tahun 2010-2012

Pada setiap tahun lebih daripada 1 juta rakyat Malaysia yang memohon pelbagai pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor kerajaan.. Ini menunjukkan begitu ramai rakyat Malaysia yang berminat untuk bekerja di sektor kerajaan, walaupun gaji yang diperolehi tidaklah sebanyak gaji yang ditawarkan oleh sesetengah majikan di sektor swasta. 

Salah satu penyebabnya mungkin disebabkan kerjaya di sektor kerajaan lebih terjamin untuk jangkamasa panjang, berbanding sesetengah pekerjaan di sektor swasta.

Statistik Peratus Pemohon Yang Berjaya Mendapatkan Kerja Kerajaan melalui SPA bagi tahun 2010-2012

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), untuk tempoh 3 tahun iaitu pada tahun 2010, 2011 dan 2012.. Hanya beberapa peratus sahaja calon yang berjaya dalam permohonan untuk mendapatkan kerja kerajaan.. Sebahagian besarnya adalah GAGAL..


Sumber: Maklumat Laporan Tahunan SPA bagi tahun 2010, 2011 dan 2012


Dalam tempoh 3 tahun tersebut, jumlah pemohon yang berjaya mendapat kerja kerajaan adalah seperti berikut:
  • Tahun 2010 seramai 35,061 (2.11%) orang calon sahaja yang berjaya daripada 1,661,687 permohonan
  • Tahun 2011 seramai 36,810 (3.28%) orang calon yang berjaya daripada 1,123,692 permohonan
  • Tahun 2012 seramai 47,335 (4.36%) orang calon  yang berjaya daripada 1,085,877 permohonan
  • Statistik untuk tahun 2013 masih belum dikeluarkan lagi oleh pihak SPA..


Walaupun statistik di atas menunjukkan bilangan peratus pemohon yang berjaya mendapatkan kerja kerajaan ada peningkatan pada setiap tahun, tetapi peratusnya masih lagi rendah.. Sehingga kini tak sampai pun 5% calon yang berjaya dalam permohonan tersebut.

Ini menunjukkan persaingan untuk mendapatkan peluang bekerja disektor kerajaan terlalu kuat.. Semakin ramai rakyat Malaysia yang berminat untuk bekerja di sektor kerajaan, tetapi sayangnya jawatan kosong yang disediakan adalah terhad. Lebih-lebih lagi apabila tempoh bersara di sektor kerajaan telah ditingkatkan kepada 60 tahun. Semakin lambat golongan pekerja kerajaan bersara, maka semakin sedikit kadar pusing ganti untuk mengambil pekerja baru dilaksanakan

"Semakin Ramai Graduan dilahirkan menjadikan permohonan untuk bekerja di sektor kerajaan semakin meningkat"

Pada hari ini remaja lepasan SPM mempunyai banyak pilihan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Mereka boleh membuat pilihan untuk melanjutkan pelajaran berdasarkan minat mereka, dengan syarat mereka berjaya memenuhi syarat kelulusan minimum yang telah ditetapkan. 

Mereka boleh melanjutkan pengajian ke 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), atau di 52 Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang bertaraf Universiti, atau di lebih 400 buah kolej Swasta, atau di 30 buah politeknik yang terdapat di seluruh Malaysia, atau di mana-mana 80 buah kolej Komuniti yang terdapat di Malaysia.. Pilihan terletak di tangan mereka..  

Terdapat 20 IPTA di Malaysia


Terdapat 53 IPTS bertaraf Universiti di Malaysia

Sekiranya ada remaja yang lebih cenderung kepada kemabhiran berbanding akademik, mereka boleh menyertai pengajian/kemahiran di bawah kementerian yang lain seperti ADTEC, IKM, ILP, IKBN, CIAST, CIDB dan sebagainya.. 

Dengan adanya pertumbuhan yang pesat dalam sektor pendidikan, menjadikan graduan yang berjaya menamatkan pengajian dalam pelbagai sektor pendidikan semakin banyak.. Sedangkan peluang pekerjaan di sektor kerajaan adalah terhad.. 

Juteru itu tidak hairanlah sekiranya persaingan untuk bekerja di sektor kerajaan semakin besar. Inilah cabaran graduan pada hari ini untuk menjadi yang terbaik dalam kelangan yang terbaik, supaya memudahkan mereka mendapat pekerjaan terutamanya dalam sektor kerajaan.

No comments:

Post a Comment